Niaga Hadapan Kekal Kripto Meningkat apabila Pedagang Membentuk Sentimen Pasaran bagi 2026
Axi memperluas akses kepada niaga hadapan kekal kripto (crypto perpetual futures) yang diselesaikan dalam mata wang fiat
SYDNEY, Jan. 20, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Aktiviti dagangan awal tahun menunjukkan bahawa niaga hadapan kekal kripto atau “perps,” kekal sebagai antara derivatif kripto yang paling aktif didagangkan di peringkat global. Permintaan terus dipacu oleh pedagang runcit dan profesional yang mencari pendedahan kepada aset digital tanpa tarikh luput tetap, di sokong oleh kecairan mendalam dan akses kepada pasaran 24/7.
Niaga hadapan kekal kini merangkumi bahagian yang signifikan daripada jumlah keseluruhan derivatif kripto, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai instrumen dagangan teras. Pada masa yang sama, para pedagang semakin memberi penekanan kepada platform yang menawarkan penetapan harga yang telus, pelaksanaan yang kukuh serta akses kepada pelbagai kelas aset dalam persekitaran dagangan yang berstruktur.
Dalam konteks ini, Axi melaporkan peningkatan penglibatan terhadap penawaran niaga hadapan kekal kripto, apabila para pedagang semakin mengintegrasikan pendedahan kripto bersama forex, indeks, komoditi dan saham dalam strategi dagangan mereka.
Berbeza dengan banyak venue berasaskan kripto semata-mata, Axi menyediakan akses kepada niaga hadapan kekal kripto yang diselesaikan dalam fiat dalam persekitaran dagangan yang dikawal selia, sekali gus menghapuskan keperluan penukaran stablecoin dan membolehkan pengurusan akaun yang lebih jelas serta pendedahan rentas pasaran daripada satu platform tunggal.
“Awal tahun 2026 mengesahkan apa yang telah terbina sejak sekian lama — crypto perps (niaga hadapan kekal kripto) telah menjadi instrumen teras bagi pedagang aktif,” kata Stuart Cooke, Head of New Business di Axi. “Kami melihat pedagang FX berpengalaman tertarik kepada perps kerana ketelusan dan kecairannya, manakala pedagang berasaskan kripto semakin menerokai pasaran tradisional apabila volatiliti semakin stabil.”
“Apabila pedagang mencari pilihan, fleksibiliti dan kemudahan, mengintegrasikan crypto perps ke dalam ekosistem berbilang aset yang lebih luas membolehkan pendekatan dagangan yang lebih pelbagai dan berstruktur,” tambah Cooke.
Seiring dengan kematangan pasaran kripto dan dominasi derivatif yang berterusan, akses kepada kecairan mendalam, kepelbagaian produk serta rangka kerja dagangan yang dipercayai dijangka kekal sebagai pertimbangan utama bagi pedagang pada tahun 2026.
Perihal Axi
Axi ialah jenama dagangan berbilang aset global yang menawarkan akses kepada forex, komoditi, indeks, saham dan pasaran kripto melalui derivatif yang dikawal selia serta instrumen berasaskan spot. Penawaran krupto perpetual futures yang semakin berkembang direka untuk memenuhi permintaan daripada pedagang profesional dan runcit yang mencari pendedahan pasaran yang dikawal selia, fleksibel dan boleh diakses secara global.
Untuk pertanyaan media, hubungi mediaenquiries@axi.com
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penawaran kripto Axi, layari https://www.axi.com/int/trade/cfds/cryptocurrencies
Dipromosikan oleh AxiTrader LLC. Aset kripto ialah produk yang kompleks dan volatil. Harga mungkin berubah dengan cepat dan boleh mengakibatkan kerugian yang besar. Dagangan kripto tidak dikawal selia di semua bidang kuasa dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur.
Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
